Harus sentuh kerana tugas
Harian Metro, 6 Julai
2002
Dr Mashitah jawab
SEORANG jururawat yang
merawat pesakit terpaksa menyentuh anggota badan mereka seperti mulut,
gigi, lidah orang bukan Islam yang sudah tentu memakan makanan haram
seperti khinzir, anjing dan sebagainya.
Apakah hukumnya bagi perkara-perkara demikian dan perlukah ia disamak?
Kiriman: Hamba Allah, Klang
JAWAPAN
Seorang jururawat harus menyentuh anggota pesakit yang perlu semasa
tugas mereka, iaitu demi perubatan.
Jika pesakit itu bukan Islam, jururawat tidak perlu khuatir kerana dia
cuma menganggarkan mereka makan makanan haram, tetapi tidak nampak
dengan terus terang.
Oleh itu, harus baginya memegang dan tidak perlu samak kerana orang
bukan Islam bukannya najis.
Berbeza jika dia nampak dengan terang dan pasti si pesakit makan babi
kemudian selepas itu terus datang ke klinik sebaik saja selesai makan
untuk rawatan gigi, barulah dia wajar menyamak kerana dia nampak dengan
terang dan jelas.
[
Menu Utama ]
|