SAYA pernah tersentuh sepasang kasut diperbuat daripada kulit babi
sewaktu membelek kasut di sebuah kedai di ibu kota.
Saya menyamak tangan dengan air tanah dan air bersih seperti perlu
dilakukan ketika menyamak najis berat setiba saya di rumah.
Soalan saya, apakah betul (seperti kata orang tua-tua) saya boleh
menyamak tangan hanya dengan membasuh tangan dengan air bersih dan sabun
seperti biasa kerana kata mereka ‘kering dengan kering’, dan adakah saya
juga perlu menyamak barang-barang yang dipegang selepas menyentuh kasut
daripada kulit babi itu?
Kiriman: Gadis Musykil, Kuala Lumpur
JAWAPAN
Berdasarkan pernyataan saudari, ternyata perbuatan itu tidak
disengajakan dan tindakan menyamak adalah tepat kerana menyentuhnya
dikira memegang najis dan saudari membasuh sekali dengan air tanah dan
enam kali dengan air biasa.
Bagaimanapun, saudara tidak perlu menyamak semua bahan yang disentuh
selepas memegang kasut itu kerana akan sukar mengenal pasti semua barang
yang dipegang selepasnya.