RM130j bina kolej
pertanian
Utusan Malaysia, 2 Ogos 2002
KUALA LUMPUR 1
Ogos - Kerajaan memperuntukkan RM130 juta untuk menubuhkan kolej pertanian
yang pertama iaitu Kolej Latihan Kemahiran Pertanian (ASTC) bagi memenuhi
keperluan tenaga kerja profesional pada 2004.
Menteri
Pertanian, Datuk Mohd. Effendi Norwawi berkata, kolej tersebut menawarkan
kursus di peringkat diploma dan lanjutan diploma bagi kira-kira 1,200
pelajar lepasan sekolah menengah untuk pengambilan sulungnya.
Menurut beliau,
kolej itu dijangka melahirkan sebanyak 340,000 pekerja mahir bagi mencapai
hasrat untuk menjadi negara pengeluar dan pengeksport makanan pada tahun
2010.
``Pada tahun
itu, negara memerlukan sekurang-kurangnya 300,000 tenaga mahir di bahagian
operasi, 30,000 (penyeliaan) dan 10,000 (pengurusan dan eksekutif),''
katanya pada sidang akhbar sini hari ini.
Beliau berkata,
pengajian di kolej itu tidak berbentuk akademik semata-mata sebagaimana
yang telah ditawarkan di beberapa institusi pengajian tinggi lain.
Sebaliknya,
Mohd. Effendi berkata, ia lebih berbentuk latihan praktikal dan teknikal
termasuk kursus perniagaan, keusahawanan dan pengurusan pertanian.
``Kolej ini
akan didaftarkan mengikut Akta Kolej dan Universiti 1971 dan
kursus-kursusnya adalah berdasarkan model pengajian yang telah terbukti
berkesan dari Belanda dan Australia,'' katanya.
Beliau
menegaskan, penubuhan kolej tersebut akan membolehkan pelajar menikmati
peluang kerjaya dengan pendapatan yang lumayan dan sekali gus menolak
tanggapan bahawa sektor pertanian merupakan pilihan terakhir dalam alam
pekerjaan.
Katanya, kolej
itu juga dijangka menjalinkan kerjasama perkongsian pintar dengan
institusi dari luar negara bagi memastikan ia dilengkapi dengan kepakaran
dalam bidang pertanian terutama perikanan dan penternakan.
[
Menu Utama ]
|