McDonald’s perkenal Bubur Ayam McD
Berita Harian, 6 Ogos 2002

MCDONALD’s memperkenalkan Bubur Ayam McD (gambar)pada semua rangkaiannya di seluruh negara sejak 25 Julai lalu.

Produk terbaru itu adalah tambahan kepada menu sedia ada restoran makanan segera itu, selain hidangan burger, ayam goreng dan kentang goreng.

Pengarah Pemasaran McDonald’s, Stephen Chew, berkata Bubur Ayam McD yang disediakan dengan resipi asli ayam segar, halia, lada, bawang goreng, daun bawang, minyak bijan dan beras terpilih itu pasti memberi pengalaman baru kepada pelanggan.

Beliau berkata, pengenalan produk itu juga adalah sebahagian usaha McDonald’s mempelbagaikan hidangannya.

“Bubur Ayam McD disediakan dengan resipi asli mengikut cita rasa tempatan. Kami yakin bubur ini pasti menjadi kegemaran ramai,” katanya.

Bubur Ayam McD dijual pada harga RM2.80 untuk saiz kecil dan RM3.80 bagi saiz besar.

McDonald’s yang ketika ini adalah rangkaian restoran makanan segera terbesar dunia beroperasi mempunyai 29,000 cawangan di 121 negara.

Di Malaysia ia mempunyai 146 rangkaian restoran makanan segera



[ Menu Utama ]