Edisi KL: Malaysia transit
seludup haiwan
|
KUALA
LUMPUR: Sindiket penyeludupan haiwan liar yang dilindungi mengikut Akta
Hidupan Liar dipercayai menjadikan Malaysia sebagai transit sebelum
menembusi pasarannya.
Ini berdasarkan beberapa siri rampasan oleh pihak berkuasa terhadap
penyeludupan beberapa spesies haiwan liar ke beberapa negara jiran.
Dalam rampasan terbaru 1 Ogos lalu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar
dan Taman Negara (Perhilitan) merampas 120 ekor burung tiong mas selepas
membuat pemeriksaan di kawasan MAS Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Pemangku Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Perundangan Perhilitan,
Khairiah Mohd Shariff, berkata spesies burung yang dirampas hasil
maklumat orang ramai itu berasal dari Thailand.
Menurutnya, anggota penguat kuasa Perhilitan membuat pemeriksaan ke atas
sembilan kotak berisi pelbagai spesies burung liar dan enam daripada
kotak berkenaan mengandungi spesies yang tidak terdapat di negara ini.
“Pemilik burung berkenaan mengisytiharkan semua burung itu adalah
spesies tempatan, namun apabila pegawai kami membuat pemeriksaan teliti
mendapati ia adalah spesies tiong mas dari Thailand.
“Kami percaya burung berkenaan di seludup masuk ke negara ini melalui
sempadan sebelum sampai ke pasaran Eropah,” katanya pada sidang akhbar
di pejabatnya di sini, semalam.
Menurut Khairiah, sindiket penyeludupan haiwan liar dianggap jenayah
berat di negara jiran terbabit sehingga sesorang yang didapati bersalah
melakukan kegiatan itu boleh dikenakan tindakan mandatori