v.gif (4485 bytes)

KERATAN AKHBAR

frontbh.gif (9399 bytes)

mmfront.gif (9171 bytes)

malaysia.jpg (12205 bytes)

nstimes.gif (5805 bytes)

thestar_188x60.gif (2636 bytes)

                                                                                          ARKIB 

 

Tengah: Kuching batu ditemui mati
Berita Harian, 30 Ogos 2002


SEREMBAN, Khamis – Seekor kucing batu atau nama saintifiknya, Prioriailurus bengalensis, dijumpai mati oleh orang ramai di tepi jalan ke Taman Permai di sini, pagi ini.


Hampir sejuta pekerja awam dapat opsyen SSM Oktober
Berita Harian, 30 Ogos 2002

JOHOR BAHRU, Khamis: Kerajaan akan mengedarkan surat tawaran atau opsyen Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada hampir sejuta kakitangan perkhidmatan awam mulai Oktober depan.
 


Petani perlu ubah sikap untuk maju
Berita Harian, 29 Ogos 2002


SEMPORNA, Rabu: Petani, penternak dan nelayan di negeri ini perlu mengubah sikap dan pemikiran jika ingin melihat taraf ekonomi mereka meningkat dan terus maju.


BPR kini tumpu sektor awam pula
Berita Harian, 29 Ogos 2002

KOTA KINABALU, Rabu – Sebahagian besar daripada kempen memerangi rasuah yang dijalankan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kini bertumpu kepada sektor perkhidmatan awam.


Edisi Melaka/NS: PEmuda maut langgar kerbau
Harian Metro, 28 Ogos 2002

ALOR GAJAH: Seorang pemuda meninggal dunia selepas tiga hari berada dalam keadaan kritikal dipercayai terlanggar sekumpulan kerbau di Jalan Lubok Redan menuju ke Kampung Pulau, Masjid Tanah di sini, kelmarin.


Lelaki parah digigit beruk
Berita Harian, 27 Ogos 2002

KOTA BHARU, Isnin: Seorang lelaki cedera parah pada kedua-dua lengan selepas digigit beruk jantan peliharaannya yang dikatakan mengamuk di Kampung Renok Baru, Gua Musang, Sabtu lalu.


Edisi Utara: Kambing serang budak
Harian Metro, 27 Ogos 2002

KULIM: Seorang ibu yang hamil lapan bulan terpaksa menyelamatkan dua anaknya yang diserang kambing jantan di rumahnya di Kampung Labu Besar, kelmarin


Ketua jabatan diminta kemas kini tatacara aduan
Berita Harian, 26 Ogos 2002

JOHOR BAHRU: Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu memperkemaskan tatacara pengendalian aduan serta memantau tindakan penyelesaian terhadap masalah yang ditimbulkan pelanggan.


Selatan: Pusat proses ayam operasi tahun depan
Berita Harian, 26 Ogos 2002

BATU PAHAT, Ahad – Pusat pemprosesan ayam Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) yang dijangka mula beroperasi awal tahun depan, mampu memproses antara 8,000 hingga 10,000 ekor ayam setiap empat jam untuk pasaran.


Sirim, IKIM berganding bahu majukan sijil halal
Berita Harian, 26 Ogos 2002

SIRIM Bhd dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan bekerjasama bagi memajukan standard pensijilan ‘Halal’, dengan matlamat menjadikannya standard global yang diguna pakai di seluruh dunia.


Bantuan khas untuk lulusan pertanian
Berita Harian, 25 Ogos 2002


KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian mengumumkan penubuhan pakej bantuan khas kepada lulusan pertanian dalam usaha menjana pertumbuhan sektor pertanian sekali gus meningkatkan pengeluaran bahan makanan negara yang dianggarkan bernilai RM81.5 bilion bagi tempoh 2000 hingga 2005.


Pakej pertanian khas untuk belia
Utusan Malaysia, 25 Ogos 2002

KUALA LUMPUR 24 Ogos - Kementerian Pertanian hari ini mengumumkan pakej khas merangkumi penyediaan kemudahan termasuk tapak tanaman dan pinjaman kewangan sehingga RM30,000 bagi menarik golongan belia menceburi bidang pertanian.


Program lahir petani moden perlu diutama
Berita Harian, 24 Ogos 2002

RANTAU PANJANG, Jumaat : Kementerian Pertanian meminta jabatan dan agensinya mempelbagaikan kegiatan ekonomi dalam usaha membantu kerajaan melahirkan petani moden dan bertaraf komersial.


Sejuta petani moden empat tahun lagi
Berita Harian, 23 Ogos 2002


BACHOK, Khamis: Kementerian Pertanian sedang berusaha melahirkan sejuta petani moden berpendapatan lumayan di negara ini dalam tempoh tiga hingga empat tahun lagi.


Selatan: KMK bukan pertandingan rebut gelaran
Berita Harian, 23 Ogos 2002


JOHOR BAHRU, Khamis: Agensi kerajaan diingatkan tidak menjadikan program Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) sebagai pentas pertandingan merebut gelaran atau hadiah, sebaliknya meningkatkan mutu kerja untuk lebih berdaya saing.


Reban hawa dingin tingkatkan hasil
Utusan Malaysia, 19 Ogos 2002

Oleh SAHBULAH MOHAMAD DARWI (Yang mengikuti lawatan Projek Pengeluaran Makanan Johor anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang, baru-baru ini).
PENGGUNAAN teknologi moden bukan perkara baru dalam industri pertanian kerana ia telah sekian lama menjadi pemangkin kepada para penternak dan peladang bagi meningkatkan hasil dan mutu pengeluaran makanan.


Kaedah samak barangan najis
Harian Metro, 17 Ogos 2002


SAYA pernah tersentuh sepasang kasut diperbuat daripada kulit babi sewaktu membelek kasut di sebuah kedai di ibu kota.


Selatan: Penduduk dakwa lalat jejas kehidupan
Berita Harian, 16 Ogos 2002

BATU PAHAT, Khamis – Penduduk di Kampung Sungai Suloh, di sini, mendakwa kehidupan mereka terjejas berikutan kehadiran lalat yang semakin banyak dipercayai berpunca kegiatan penternakan ayam di kawasan berhampiran.


Selatan : Hubungan akrab media massa, LPP manfaatkan pertanian
Berita Harian, 15 Ogos 2002

JOHOR BAHRU, Rabu - Jalinan hubungan baik antara media massa dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di Johor perlu diteruskan bagi mempromosikan projek pertanian yang diusahakan agensi di bawah pertubuhan itu.


Tengah: Tindakan jika ternak burung layang-layang
Berita Harian, 14 Ogos 2002


MELAKA, Selasa: Kerajaan meminta pemelihara sarang burung layang-layang di taman perumahan serta premis warisan menghentikan kegiatan itu segera kerana menyalahi peraturan keceriaan dan keindahan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).


Skim Persijilan Perladangan Organik dilancar tahun depan
Berita Harian, 14 Ogos 2002

KUALA LUMPUR, Selasa: Kementerian Pertanian akan melancarkan Skim Persijilan Perladangan Organik (SPPO) 2 Januari tahun depan, bagi mengiktiraf ladang yang mengamalkan sistem secara organik serta menepati piawaian negara iaitu MS 1529.


Perkhidmatan jabatan kerajaan menerusi Internet akan dimaju


KUALA LUMPUR, Selasa: Perkhidmatan di jabatan kerajaan, termasuk transaksi membabitkan pembayaran akan dilakukan menerusi Internet apabila Portal Perkhidmatan Awam dibangunkan tidak lama lagi.


Malaysia,Thai,Myanmar wujud zon bebas wabak
Berita Harian, 14 Ogos 2002

GEORGETOWN, Selasa: Malaysia-Thailand-Myanmar (MTM), akan memeterai perjanjian persefahaman (MoU) bagi mewujudkan zon bebas wabak penyakit kaki dan mulut (FMD) dalam tempoh lima tahun akan datang.


RM300j untuk sistem pengairan, saliran
Berita Harian, 12 Ogos 2002

SETIU, Ahad: Kementerian Pertanian diperuntukkan RM300 juta daripada Program Pembiayaan Wang Ehsan (PPWE) untuk melaksanakan pelbagai projek, termasuk menaikkan taraf sistem pengairan dan saliran di kawasan Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (Ketara).


Laluan hutan untuk trek sukan berkuda dimaju
Berita Harian, 12 Ogos 2002

KUALA LUMPUR, Ahad: Kerajaan mahu membangunkan laluan dalam hutan di antara Selangor dan Pahang untuk dijadikan trek bagi kegiatan sukan berkuda, kata Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.


Bahasa Inggeris, ICT kakitangan awam perlu ditingkat
Utusan Malaysia, 11 Ogos 2002

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Penguasaan bahasa Inggeris (BI) di kalangan kakitangan awam dan kemahiran mereka dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) perlu dipertingkatkan bagi menjamin perkhidmatan yang cekap dan cemerlang, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman.


Pegawai perlu kuasai bahasa Inggeris
Berita Harian, 11 Ogos 2002

KUALA LUMPUR: Pegawai perkhidmatan awam sekali lagi digesa meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris termasuk ketika mengadakan rundingan kerana perkara ini adalah cabaran kritikal dalam menghadapi era globalisasi.


Timur: Jaip kaji contoh barang kulit untuk tentukan jenis haiwan
Berita Harian, 10 Ogos 2002


KUANTAN, Jumaat – Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) akan mengambil contoh pelbagai jenis barang kulit yang berada di pasaran bagi menentukan jenis haiwan digunakan


Edisi Selatan: Ayam sembelih, cucuk satu periuk
Harian Metro, 10 Ogos 2002


MUAR: Perbuatan merebus ayam sembelih dan ayam cucuk dalam satu periuk, terus menjadi amalan terbuka peniaga ayam bukan Melayu yang menggunakan pekerja Islam di pasar awam sekitar Muar dan Tangkak.


Edisi KL: Malaysia transit seludup haiwan
Harian Metro, 9 Ogos 2002

 

KUALA LUMPUR: Sindiket penyeludupan haiwan liar yang dilindungi mengikut Akta Hidupan Liar dipercayai menjadikan Malaysia sebagai transit sebelum menembusi pasarannya.


Sabah/Sarawak : Syarikat perladangan enggan beri kerjasama
Berita Harian, 9 ogos 2002


KOTA KINABALU, Khamis – Kerajaan Sabah tidak puas hati dengan sikap segelintir syarikat perladangan di negeri ini yang enggan bekerjasama meningkatkan hasil pengeluaran makanan negara.
 


Timur : Pusat sembelih ayam ditambah
Berita Harian, 9 Ogos 2002


KUALA TERENGGANU, Khamis – Jabatan Perkhidmatan Haiwan negeri akan mewujudkan lebih banyak pusat penyembelihan ayam bagi memastikan pengguna mendapat bekalan segar.


Industri ternakan tempatan tidak produktif
Berita Harian, 9 Ogos 2002

32 stesen Mardi jadi projek mesra rakyat
Berita Harian, 9 Ogos 2002

ROMPIN, Khamis – Kementerian Pertanian akan menjadikan 32 stesen Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) di seluruh negara lebih mesra rakyat dalam usaha membantu meningkatkan taraf hidup mereka


Timur : Zon perladangan moden di Lanchang
Berita Harian, 8 Ogos 2002

JERANTUT, Rabu – Kerajaan Pahang sedang membuat perancangan membangunkan zon peladangan moden seluas 7,000 hektar di Lanchang, Temerloh, dengan memberi fokus kepada tanaman komersial dan buah-buahan tidak bermusim.


Sabah/Sarawak : Sarawak berpotensi jadi pengeluar hasil pertanian organik
Berita Harian, 7 Ogos 2002

KUCHING, Selasa – Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud meminta petani menggerakkan usaha menjadikan Sarawak, pengeluar produk pertanian organik.


Selatan : Sukarelawan Pemantau Harga diperlukan
Berita Harian, 6 Ogos 2002

JOHOR BAHRU, Ahad – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri memerlukan lebih ramai anggota Sukarelawan Pemantau Harga (SPH).


Tengah : Teknologi kunci kemajuan pertanian
Berita Harian, 6 Ogos 2002

MELAKA, Ahad – Peladang, penternak dan nelayan di Melaka diminta mengubah pemikiran dan berpandangan positif dengan melaksanakan transformasi pertanian bagi memajukan bidang masing-masing.

Mardi usahakan agropelancongan 300 hektar
Berita Harian, 6 Ogos 2002

McDonald’s perkenal Bubur Ayam McD
Berita Harian, 6 Ogos 2002

MCDONALD’s memperkenalkan Bubur Ayam McD (gambar)pada semua rangkaiannya di seluruh negara sejak 25 Julai lalu.


Kod cegah gangguan seksual dalam Perintah Am
Berita Harian, 6 Ogos 2002


KUALA LUMPUR, Isnin: Kod amalan mencegah dan membasmi gangguan seksual di tempat kerja akan dimasukkan dalam peraturan Perintah Am untuk diguna pakai oleh agensi kerajaan tidak lama lagi.


Syor bonus dua bulan untuk kakitangan setia
Berita Harian, 6 Ogos 2002

KANGAR, Isnin: Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan bonus dua bulan gaji kepada kakitangan awam hanya diberikan kepada mereka yang taat kepada kerajaan.


Edisi Melaka/NS: Transformasi Pertanian
Harian Metro, 5 Ogos 2002


MELAKA: Transformasi Pertanian Melalui Teknologi Maklumat yang menjadi tema sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan tahun ini, menjadi teras utama kejayaan usaha pertanian masa kini dan akan datang.
 

Edisi Utara: Tempat babi jual sayur
Harian Metro, 3 Ogos 2002


BUTTERWORTH: Umat Islam yang mengunjungi pasar Jalan Market, di sini diminta berhati-hati apabila membeli sayur-sayuran berikutan dikhuatiri dicemari daging babi.
 


Melaka/NS : Peladang perlu kuasai teknologi
Berita Harian, 3 Ogos 2002

REMBAU, Jumaat – Peladang, penternak dan nelayan perlu diberi maklumat terkini mengenai amalan pengurusan dan penggunaan teknologi bagi memastikan projek yang dilaksanakan berdaya maju.


RM200j lahirkan tenaga mahir sektor pertanian
Berita Harian, 2 Ogos 2002

KUALA LUMPUR, Khamis: Kabinet semalam meluluskan peruntukan RM200 juta untuk melaksanakan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (NASTP) dalam usaha melahirkan lebih ramai tenaga kerja dalam sektor pertanian


Jabatan kerajaan diarah guna bahan, khidmat tempatan
Berita Harian, 2 Ogos 2002


KUALA LUMPUR, Khamis: Semua jabatan kerajaan serta agensinya diarah menggunakan bahan, barangan dan perkhidmatan tempatan dalam semua perolehan kerajaan, berkuat kuasa serta merta.


RM130j bina kolej pertanian
Utusan Malaysia, 2 Ogos 2002

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Kerajaan memperuntukkan RM130 juta untuk menubuhkan kolej pertanian yang pertama iaitu Kolej Latihan Kemahiran Pertanian (ASTC) bagi memenuhi keperluan tenaga kerja profesional pada 2004.


Sabah/Sarawak: Sabah haram jual daging import
Berita Harian, 1 Ogos 2002


KOTA KINABALU, Rabu: Kabinet Sabah mengharamkan penjualan semua daging import beku di pasar terbuka bagi memastikan tahap kesihatan penduduk Sabah terus terpelihara.


10 penternak lembu bebas tuduhan membunuh
Utusan Malaysia, 1 Ogos 2002

IPOH 31 Julai - Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskan dan membebaskan 10 orang penternak lembu daripada tuduhan membunuh lima lelaki di sebuah ladang kelapa sawit di Gopeng, tiga tahun lalu.


.


 

 


 

 

.